11 February 2011

Panduan Berdoa dan Meminta

Untuk memohon sesuatu hajat kepada Tuhan
Samada untuk diri atau kawan
Samada ada hajat yang diminta
Mahupun ada perkara yang negative, yang minta ditolak

Dengan bersedeqah lebih tajam daripada berdoa
Inginkan bantuan Tuhan
Atau hendak pertolonganNya
Berdoa mungkin tidak dimakbulkan
Tapi dengan membaiki diri
Ia lebih diharapkan diterima Tuhan
Lebih-lebih lagi yang paling baik sebelum meminta
(1) Bertaubat dan membaiki diri lebih dahulu
(2) Kemudian bersedekahlah kepada fakir miskin
Atau sesiapa yang perlu
(3) Selepas itu tadahlah tangan kepada Tuhan Ya Rahman
InsyaAllah akan dikabulkan

Begitulah panduan berdoa dan meminta
Bersihkan diri dahulu daripada mazmumah
Bertaubatlah lebih dahulu daripada dosa
Baikilah diri lebih dahulu
Setelah Allah Taala redho barulah minta
Kita takut diwaktu Allah murka, kita memohon
Jika Allah Taala kabulkan diwaktu Dia murka
Apa yang kita dapat itu jadi bala
Atau akan merosakkan iman kita
Waliyazubillah daripada dikurniakan kepada kita
Sesuatu di dalam masa dia marah.

No comments:

Post a Comment