28 January 2011

Mana yang lebih afdhal?

Hadis Rasulullah yang lebih kurang maksudnya,

" dinikahi seorang wanita kerana 4 perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan juga kerana agamanya. Maka pilihlah yang baik agamanya, nescaya engkau akan beruntung."

berpandukan hadis ini, maka orang2 lelaki terutamanya saya mulalah mengintai-intai di mana-mana ceruk jika terselit mana-mana wanita y buta matanya dari melihat maksiat, pekak telinganya dari mendengar perkara haram, bisu mulutnya dari berkata perihal kejahatan, kudung tangannya dari membuat onar dan tempang kakinya menuju lembah-lembah hina.
sepanjang pemahaman saya mengenai hadis ini, kita mempunyai autoriti untuk pemilihan calon pasangan kita sendiri coz bagi saya ianya tak menyalahi sunnah Rasulullah bahkan bila mana kita memilih pasangan yang beragama, kita dikira mengikut saranan Rasulullah dalam perihal baitul muslim ini.

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk berdiskusi mengenai hal ini dengan adik ipar saya. saya mengajukan pendapat saya kerana yakin bahawa tidak ada salahnya bagi kita untuk memilih pasangan kita sendiri kerana ia juga telah disebut di dalam hadis.
ana: boleh ke kita nk pilih sendiri pasangan hidup?kan hadis sudah menggariskan panduan pemilihan         pasangan.
ssa : so,siapa pilihan nta?
ana : em,semestinya y kuat agamanya.
ssa : mcm mne nta tahu seseorang wanita 2 kuat agamanya?
ana : mb dari segi syariatnya juga mindanya.
ssa : em....ada je wanita y berpurdah menentang poligami..

saya mula t'senyum2,diam seribu bahasa.....

ssa : perkahwinan y diatur jemaah lebih berkat. ana ni kahwin dgn is3 pertama jemaah y aturkan. ana xpernah kenal pun atau tahu mengenai dia sebelum ni. tapi kerana nak taat, ana ikut je percaturan jemaah. hikmahnya, walaupun sekarang dah ada 3 is3, ana xpernah ada konflik dengan dia..

tatkala memikirkan semula perihal ini d lain masa, saya diizinkan untuk terkenang kembali sirah Rasulullah di mana Baginda selaku pemimpin telah mengaturkan pernikahan antara seorang sahabat berbangsa afrika yang gelap rupanya serta tebal bibirnya dengan seorang puteri rupawan ketua kabilah sebuah puak yang agak terkenal di zaman itu.

Alhamdulillah, sekadar yang difahamkan kepada saya, Rasulullah mengeluarkan hadis di atas kepada golongan awamul muslimin bagi memastikan mereka tidak salah memilih tetapi bagi mereka yang ingin b'juang, pemilihan pasangan hidup mereka terletak di tangan pemimpin. ini bagi menguji tawakal mereka juga menyelamatkan perkahwinan mereka daripada didahului dengan nafsu.

wallahualam,ampun maaf.

26 January 2011

cinta itu fitrah???

Salam'alyk.

merasmikan penulisan saya pada hari ini,saya ingin membawa satu isu yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia.
cinta..
sebelum ini,saya dan anda semua,(mungkin),selalu mendengar perihal cinta itu merupakan fitrah setiap manusia.
walakin,baru2 ini ketika pertemuan saya dengan adik ipar saya...kami banyak berbincang pelbagai hal & salah satunya mengenai cinta itu fitrah.
i2 lah 1st time saya mendengar bahawa cinta itu bukan fitrah tetapi takutkan Tuhan merupakan fitrah manusia...
ada benarnya...
coz,bila kita jatuh cinta@minat seseorang,Islam menganjurkan kita utk b'mujahadah dengan perasaan i2.
sohih?
ok,sekadar ini saja.