23 February 2012

Bercinta biar kerana Allah

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya,


"Suamiku,apakah engkau mencintaiku?"
Beliau menjawab,
"Ya tentu saja,dirimu adalah sebahagian dalam hidupku."
Mendengar itu,isterinya bertnaya lagi


"Apakah engkau juga mencintai Allah?
Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin,
Cinta kepada Allah dan juga menyintaiku?"


Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya 
dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang.


"Kerana cintaku kepada Allah,
maka aku mencintai makhlukNya,
memperlakukan dengan hormat 
dan penuh kasih sayang terhadap isteriku,
anak-anakku dan sesama insan.
Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah."

20 February 2012

Hadiah

Assalamu'alyka Ya Rasulullah.
Allahumma solli wa sallim 'ala Saidina Muhammad,
Allahumma solli wa sallim 'ala Sayidi wa Ahlul Bait,
Allahumma solli wa sallim wa barik 'ala Sohibuzzaman wa 'ala alihi wa jam'ati.


Hidupku kini sudah memasuki fasa baru
malu sungguh dengan Allah dan Rasul di atas hadiah y hebat ini
sedangkan aku tahu selama ini manalah aku pernah berbuat untukMu Ya Rasulullah
memang tidak layak benar hadiah sehebat ini
dikurniakan Bidadari dunia y baik agamanya,mulia keturunannya,indah rupa paras,cerdik akalnya...
dan y paling penting...
CITA-CITA kita SAMA...


memang semua pasangan mencari persamaan untuk hidup bersama
dan persamaan cita-cita untuk m'jadi Ikhwan Rasulullah m'jadi sebab kita bersama


sungguh Ya Allah...
aku tidak menyangka akan dilayan baik sebegini rupa...
malu sungguh diri ini dengan kurniaan ini.
aku akan cuba membalasnya Ya Rasulullah
dengan bermati-matian demi Mu
tidak akan ku izinkan Islam dihina lagi


terima kasih buat Zaujati Habib
sudi menerima diri y kerdil hina ini


moga kita akan gegarkan dunia akhir zaman dengan perkahwinan y hebat ini
y didalamnya ada Allah dan Rasul
ada cita2 dan perjuangan
y didalamnya akan lahir wali-wali besar
moga kisah kita akan menjadi sejarah kepada generasi akan datang
perkahwinan y tidak didahului oleh nafsu
perkahwinan y bersandar kepada ketaatan kepada Sang Pemimpin


Alhamdulillah Ya Allah
Terima Kasih Ya Rasulullah
sungguh tidak rugi jika memperjuangkan syariatmu
moga perkahwinan ini menjadi tonik kepada perjuanganku


Ampun maaf Ya Rasulullah
wallahualam...

10 February 2012

Jadikan perjuangan as Matlamat bukannya hobi

Assalamu'alyka Ya Rasulullah. Allahumma solli wa sallim wa barik 'ala Sayidi wa Ahlul bait,allahumma solli wa sallim wa barik 'ala Sohibuzzaman wa 'ala alihi wa Jam'ati.


Ya Rasulullah, Wahai semua Pejuang2 y Benar...
bantulah hamba y berdosa ini utk m'jadikan perjuangan sbg matlamat hidup matiku
hingga aku menjadi gundah gelana,gelisah jua tak keruan jika tidak berjuang


aku tidak ingin lagi jadikan perjuangan ini sbg hobi
y hanya ku lakukan jika punyai masa lapang jua senggang


sedangkan Kamu2 semua Wahai Pejuang Kebenaran telah menjadikan perjuangan
sebagai pakaian,hiburan,makanan jua kehidupan


................................


wahai diri & kawan2 ku...
mari kita jadikan perjuangan sbg matlamat hidup kita
kerna bila kita jadikan ia sbg matlamat kita
perjuangan akan jadi lebih utama dari isteri,suami,keluarga dan lebih utama dari kepentingan diri kita sendiri
kita akan sanggup menghina diri kita dari membiarkan perjuangan dihina
kita akan sanggup memiskinkan diri demi menjadikan perjuangan kaya
hingga kita tidak punya masa untuk b'kelah2,b'siar2 dan b'gelak tawa.


mari kita hindarkan dari menjadikan perjuangan hanya sbg hobi & kegemaran
kerna kita pasti akan b'juang bila free@bila selesai urusan peribadi kita


kalaulah Rasulullah & para Sahabat menjadikan perjuangan i2 sbg hobi...
mana mungkin kita akan mempunyai nama spt Mohd Asya'ari,Muzaffar,Shafrien,Hafizuddin...
dan mustahillah kita akan dinamakan spt Hidayathul Nawarah,Syahirah,Nur Assila.....
Allah.....


mari2...
kita makin berumur...
mari b'susah demi masa hadapan akhirat y terjamin.


Ampun maaf Ya Rasulullah....Atk.

06 February 2012

Tersedar...

Assalamu'alyka Ya Rasulullah wa ahlihi wa kullu ashab...

Ampun maaf Ya Rasulullah, ampun maaf wahai Guruku...

Baru kini ku sedar bahawa diri ini ibarat kacang lupakan kulit,
mengambil Islam hanya yang manis2,lazat2,dan yang sesuai dengan nafsuku sahaja.
aku berjemaah hanya untuk mengambil keberkatan sahaja.
bukan untuk menanggung beban dan masalah..

Ya Rasulullah,please guide me...give me a chances to do only for u..
Mana mungkin aku mampu menjadi suami yang berwibawa kalau Tuan2 tidak
ajarkan pada saya..

Syukran kasira atas ilmu dan panduan2 yang Tuan2 sudi beri hari ini.
Ooo my Great Teacher,please help me to ur ambassador.