11 February 2011

Kaum wanita jika tidak bertaqwa

Kaum ibu atau wanita kalau tidak bertaqwa maka kerja mereka ialah mengumpat, bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang lelaki, gila dunia yakni gila perabot, hiasan, gelang, pakaian hingga lupa Allah dan Akhirat. Pada 

Seorang isteri yang tidak bertaqwa tidak akan dapat melayan dan mentaati suami dengan baik disebabkan tidak ada pada mereka sifat merendah diri pada suami dan sifat memandang mulia pada suami. Mereka bebas untuk keluar rumah dan menyusun program sendiri tanpa memikirkan sangat apa kata suami.
Bila kaum ibu berada dalam kedaan begini maka rumah tangga bukan lagi gelanggang cinta dan kasih sayang di mana suami terasa seperti berada di dalam sebuah mahligai yang penuh dengan ketenangan di samping anak-anak yang terdidik dengan kasih sayang,akhlak mulia dan ilmu yang berguna.
 
Oleh kerana semua manusia ini inginkan kasih sayang dan kebahagiaan maka jika rumah tidak dapat menyediakannya, tentu mereka akan cari kebahagiaan di luar. Lalu terjadilah apa yang telah dan sedang terjadi. Disko, karaoke dan tempat manusia mencari kasih dan kebahagiaan secara keji dan haram itu sering penuh, bahkan merupakan suatu perniagaan yang sangat menguntungkan. Ada yang menagih kebahagiaan dari dadah, dari arak dan dari segala hiburan-hiburan yang kotor-kotor. Mereka menyangka itu semualah kebahagiaan hidup, tidak ada yang lain lagi walaupun mereka sedar bahawa melakukan semua itu bererti kehinaan dan kebinasaan hidup.
 
Rasulullah SAW bersabda:
 
  "Innaddunya kullaha mata'un wakhairu mata'iddunya mar atussolihah".
 
Maksudnya:"Sesungguhnya seisi dunia ini adalah perhiasan. Dan perhiasan yag paling baik ialah wanita (isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)
 
Semua orang tertarik pada perhiasan. Apalagi kalau alat perhiasan itu adalah sesuatu yang sangat baik. Jadi kalau dalam sebuah rumah itu ada wanita solehah maka ahli-ahli rumah itu akan tertarik untuk sentiasa berada di rumah. Rumah adalah hiburan dan ketenangan bagi hati-hati mereka.

No comments:

Post a Comment