Mohon ditaubatkan segala dosa-dosa hamba....
Dengan hati yang rindu ini..
ku sampaikan lambaian kerinduan buatmu wahai roh Abdul Latiff
yang kerana jasamu aku diizinkan untuk berjemaah
kerana jasamu aku bertemu pemimpin yang Benar
aku bisa memikirkan untuk rindu pada Rasulku
aku pandai untuk rindu pada kematianku
aku terlintas untuk memikirkan nasib Islam yang yatim piatu
tidak berayah...tidak beribu...tiada pembela...
di usia ini aku sudah mula menghitung-hitung tanggungjawabku terhadap bakal isteri2ku jua cahaya mataku
risaunya aku memikirkan di tingkat neraka mana bakal ku diami...
Aduh....besarnya nikmat yang telah,sedang,dan bakal ku rasai...
Semuanya ini dapat ku nikmati kerana berkat mu wahai datukku, Abdul Latiff
Semoga kita bertemu semula di kampung abadi kita ya...
Mohon dikirimkan doa jua restumu dari alam sana buat bekalan ku di persinggahan ini..
TK TRSA.